INFAQ MUSHOLLA

INFAQ WAKAF

PEMBINAAN SURAU (MUSHOLLA)

AKADEMI FI REHAABIL QURAN



Akademi Fi Rehaabil Quran adalah sebuah Pusat Pengajian Al-Quran yang diilhamkan oleh Syeikh Dr. Solah Khalifah Muhammad Khalifah, Ulama Al-Quran wal Qiraat dan Pentashih Al-Quran Sedunia dan beliau juga merupakan Mursyid Al-Quran Yayasan Abada. 

Bagi merealisasikan ilham beliau, pihak Yayasan Abada menubuhkan Akademi Fi Rehaabil Quran dan bakal dibangunkan sebuah Musholla (Surau) sebagai pusat pengajian al-Quran dan kitab-kitab agama untuk seluruh Umat Islam di Malaysia.


PROJEK PEMBANGUNAN WAKAF FASA 1

WAKAF PEMBINAAN SURAU (MUSHOLLA)

MUSHOLLA FI REHAABIL QURAN akan menjadi tempat pengajian Al-Quran dan Kitab-kitab secara talaqqi bersanad bersama Syeikh Dr. Solah Khalifah Muhammad Khalifah dan ulama-ulama lain. Ianya juga akan menjadi Pusat Aktiviti Pendidikan setempat terutama dalam mendidik anak-anak tempatan belajar Al-Quran dan kitab-kitab agama.



Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran; Ayat 92, mafhumnya:

"Kamu tidak akan memperoleh kebajikan, sebelum kamu menginfakkan sebagian harta yang kamu cintai. Dan apapun yang kamu infakkan, tentang hal itu sungguh, Allah Maha Mengetahui."

Firman Allah SWT dalam Surah al-Nur, ayat: 36, mafhumnya:

"…. pada rumah-rumah yang diperintahkan oleh Allah supaya ia ditinggikan dan diingati nama Allah di dalamnya ….."

Sabda Baginda SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang membina masjid tidak kira kecil atau besar, Allah akan membina untuknya masjid di syurga."

(HR al-Tarmizi)


PUSAT PENGAJIAN AL-QURAN

Mushollah Fi Rehaabil Quran tersebut akan dibina di atas sebidang tanah beralamat Lot 812, Jalan Seberang Terus, 08500 Kota Kuala Muda, Kedah. Tanah ini merupakan tanah yang telah diwakafkan kepada Majlis Agama Islam Negeri Kedah untuk Yayasan Abada bangunkan pusat pengajian. Di atas sebidang tanah wakaf ini yang bekeluasan 0.5918 hektar ini akan dibangunkan sebuah Pusat Pengajian Al-Quran bagi maslahah Umat Islam di Malaysia. Prasarana Pembangunan terdiri daripada sebuah surau (tempat pengajian), bangunan asrama pelajar, dewan makan, rumah guru dan lain-lain.

klik sini untuk Lokasi Akademi Fi Rehaabil Quran

FASA 1 - MEMBINA DAN MENYIAPKAN MUSHOLLA (Pusat Pengajian Al-Quran) keluasan tapak 70' x 70' (4900 kps)

DANA WAKAF DIPERLUKAN SEBANYAK

RM 591 800.00 

JOM BERWAKAF DEMI MASA DEPAN PENDIDIKAN AL-QURAN

klik sini untuk Video Tapak Musholla

PERKEMBANGAN PROJEK

Boleh ikuti perkembangan projek melalaui Facebook. Klik di sini Facebook page Fi Rehaabil Quran



  


PROGRAM DAN AKTIVITI PENGAJIAN


PENTADBIRAN UTAMA




VIDEO PENGENALAN SYEIKH SOLAH KHALIFAH MUHAMAD KHALIFAH

Klik link di bawah untuk melihat video

https://fb.watch/pNmVwG91h-/

https://youtube.com/shorts/nF64e4nHo3w

WAKAF KHAS BAGI YANG INGIN RESIT POTONGAN CUKAI PENDAPATAN

Setiap Sumbangan RM1000.00 ke atas, pewakaf layak untuk memohon Resit Potongan Cukai Pendapatan.

Pewakaf perlu memilih produk WAKAF CUKAI PENDAPATAN untuk mendapatkan Resit tersebut.

Resit akan dihantar kepada pewakaf melalui pos dan whatsapp.

Sebarang pertanyaan atau info lanjut sila hubungi:

011-58500130 - Ustaz Zia - Timbalan Mudir/Bendahari


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA AHLI TABARRU' BUDIMAN PRIHATIN




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF DARUL SALAM RM10.00
WAKAF DARUL MA'WA RM20.00
WAKAF DARUL NAIM RM50.00
WAKAF DARUL FIRDAUS RM100.00
WAKAF DARUL FURQAN (Tiada had minimum dan maksimum)
WAKAF CUKAI PENDAPATAN
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN